Thursday 30 June 2011

KEMBALI ( *asal "mati hidup kembali", diubah untuk elakkan SALAH FAHAM MAKSUD)

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti jatuh bangun kembali  *

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti jatuh bangun kembali  *

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan


1 comment:

  1. Aku suka lagu ni sebab cerita lagu ini memaparkan satu situasi yang berlaku kepada orang yang dilanda kesusahan tetapi dunia luar termasuk kita tidak nampak,tahu mahupun perasan apa yang berlaku disebalik tabir kehidupan.

    ReplyDelete